Tuesday, October 27, 2015

Dunia bergolak, hati sedih

Sedih tengok banyak video sejak kebelakangan ini berkisar tentang penderitaan umat Islam di Syria, Gaza Palestin dan juga pelarian-pelarian kecil. Dari video seorang kanak-kanak Syria pelarian kecil yang jual tisu di jalanan. Dia takut bila terserempak dengan polis Turki. Takut ditangkap. Takut di apa-apakan. Anak kecil tu muda sangat, kurang dari 4 tahun rasanya. Berteriak nangis mencari pertolongan, memegang kaki orang yang lalu di jalan sambil menangis-nangis ketakutan.

Luluh hati ni melihat video. Sedih yang amat. Tak dapat bayangkan bagaimana jika hal ini terjadi pada anak sendiri. Bila dah ada anak sendiri terasa hiba yang sangat dashat, sehingga boleh  menitiskan air mata. Ya Allah terima kasih atas segala nikmat yang Engkau kurniakan. Terima kasih atas perlindungan dan keselesaan yang Kau berikan. Tak putus-putus nikmat yang diperoleh.

Ya Allah bantu jugalah anak-anak kecil dan ummat Islam yang terseksa. Aku tak mampu nak buat apa-apa, aku hanya hamba mu yang kerdil dan tiada wang atau kekayaan yang mampu untuk bantu orang yang susah. Aku hanya mampu berdoa ya Allah. Bantula mereka ya Allah. Merekalah bintang-bintang syurga. Bagilah ketenangan dan kegembiraan pada mereka.

Tak mampu senyum bila sedih.


Monday, September 14, 2015

Pelik mimpi

Malam tadi bermimpi, kawanku marah, tak bagi organise sendiri. Biar orang lain buatkan. Kalau buat eventnya , orang tak nak datang. Ada betul juga ya tak.

Senyum selalu.

Thursday, September 3, 2015

Komentar-komentar dan komentar sesuka hati

Setiap kali buka facebook, mesti ada saja komen tentang isu semasa. Ada yang berseloroh dan ada yang serius dalam mengetengahkan isu semasa.

Ada status yang panjang-panjang dan ada saja share artikel atau status orang lain. Aku lagi suka membaca. Bila baca aku amati ada sesetengah orang yang taksub dengan sesuatu sehingga sanggup keluarkan alasan-alasan yang kurang bijak hanya untuk backup sesuatu isu itu.

Bahaya taksub ni, mata jadi buta, hati jadi gelap. Akal logik hilang dengan tiba-tiba. Bila taksub, rakan jadi musuh. Orang yang tak kenal menjadi kawan.

Segala apa yang dahulunya tersirat dalam hati, cepat saja keluar di laman-laman sosial. Bahayakan? Wujud banyak fitnah dan perbalahan.

Ada saja kebaikan laman sosial. Tak dinafikan. Sesuatu benda tu mengambil masa untuk menjadi lebih baik.

Jadilah orang biasa yang bijak, kena fikir, fikir dan fikir. Sebelum bercakap dan menulis. At the end of the day, segala perbuatan dan percakapan kita akan dicatit.

Senyum selalu!

p/s: Nasib baik tiada siapa suka baca blog dah. Mujur blog ini terselamat. :)

Wednesday, September 2, 2015

9 a day

9 a day, misi baru bermula. Misi menyiapkan tesis PhD. Sesi pembelajaran formal yang terakhir nih. Samada berjaya atau tidak semuanya bergantung pada usaha sendiri dan pertolongan Allah.

Selalu saat-saat ini yang kita jadi rapat dengan tuhan. Tak salah rasanya. Better late than never ye tak? Penulisan jadi mudah apabila dah ada results. Bila lubang-lubang dalam results tu yang sakit sikit. Kena redo atau rerun analysis.

Apa benda yang aku cakap ni, macam tak clear je. Haha, all the best and see you later.

Senyum selalu! :D

Tuesday, September 1, 2015

Hujung minggu yang panjang

Semalam cuti awam sempena Bank Holiday di UK. Jadi Isnin cuti. Selalunya, aku akan ke pejabat. Tapi tak kali ini, sebabnya hujan lebat dan kawanku Ajud datang melawat. 

Bila orang lawat rumah, selalu murah rezeki. Lagi-lagi orang yang rapat dengan kita, lagi meriah rasanya, sebab ada rakan borak.

Ajud datang dari Hull, baru balik dari buat audit halal di kilang proses ayam. Bila bercakap pasal ayam, teringat pasar ayam kat Puchong. Kalau Ajud datang je, banyaklah benda yang diborakkan. Dari perihal sambung kerja di UK hinggalah borak tentang pengalaman lepas di KISAS.

Berkali-kali diajak untuk stay kerja di UK, tapi hati aku dah tekad nak balik Malaysia. Nak tolong/teman/jumpa mama dan abah. Dah satu pertiga kehidupan aku berada di perantauan. Seronok hidup di tempat orang, tapi lagi seronok kalau dapat settle down di negara sendiri.

Hari ini dah 1 September, bermula penulisan rigorous  yang aku plan. Insha Allah "9 a day" itu matlamat aku. Kalau jadi Alhamdulillah.

Senyum selalu!
Stay classy!


Thursday, August 27, 2015

Kurang menulis, petanda bagus

Salam semua,

Dah lama tak menulis! Petanda bagus, sebab tandanya tengah sibuk bekerja :)

Berjaya selesaikan kerja yang perlu diselesaikan. Ada dua kertas kerja yang perlu dilengkapkan sebenarnya. Itu yang mengambil masa yang untuk menyiapkannya.

Hari Isnin lepas, sempat melawat pejabat Ben di Dorchester. Impression awal, "jauhnya Dorchester ni, 5 jam kot perjalanan!"

Dari Cambridge, pukul 5.45 pagi dah naik train ke London selama satu jam. Dari King's Cross Station ke Waterloo station dalam 15 minit. Nasib baik awal pagi, jadi tak ramai orang sangat dekat dalam underground (train bawah tanah). Dari Waterloo Station ke arah Dorchester dalam 2 jam 50 minit.

Dorchester ni dekat kawsan selatan UK, ke arah barat sedikit. Memang dalam perjalanan lawa juga nampak pemandangan sekeliling.Nampak tasik, laut, pokok. Cumanya, hari yang travel tu hujan, jadi sejuk dan basah.

Dah sampai Dorchester, mujur Ben dah ada, dan dapat tumpang kereta kawanya, Max (Bukan Mad Max: Road Fury, ok), ke pejabat AMEC. Alhamdulillah, dapatlah jumpa orang-orang penting dalam AMEC. Banyak benda baru belajar.

Tapi tidak semena-mena, Ben suruh buat presentation depan staff yang lain waktu lunchtime. (dh: Aduh sakit-sakit). Buat muka tebal, dan terus je present.  Nasib baik tiada soalan yang susah di beri. Cuak-cuak x 1000 kali.

Balik dari tempat Ben, dah pukul 6.00 petang. Balik pun hujan, rasa sejuk dan pening. Minum air coklat panas di Costa, bertambahla pening kepalanya. Haha. Terketar-ketar. Ditambah kaki yang terjengket-terjengket sakit akibat main bola - pulled muscle (quadriceps) dekat right hip.

Balik rumah, gembira tengok Aylin dan ibunya.

Senyum selalu!



Tuesday, August 11, 2015

Kerja jalan slow

Hari ini sempat berlari-lari di Parker's Piece.

Kurang produktif di pejabat. Rasa penat nak mula menulis draft kertas kerja konferens. Sepatutnya dah kena siapkan beberapa minggu awal lagi. Tapi, fikiran sibuk melayang ke arah benda lain, "Notts Game".

Notts Game - perhimpunan pelajar seluruh UK yang akan bertanding dalam pelbagai acara sukan - bola, frisbee dan amazingly ada e-sports, Dota2.

Tahun ni, aku cadang nak hantar satu team bola. Nak latih mereka dari awal supaya dapat bentuk pasukan yang hebat. Al maklumlah tahun ini, tahun akhir aku di Cambridge (hopefully...). Perasaan nak menang Notts Game tu membuak-buak.

Apapun latihan bermula dengan diri sendiri dahulu. Nak kena tingkatkan fitness dan asahkan skill bola yang malap disebabkan tahap kecergasan yang minima.

Sekarang BMI ku 26.1, body fat 24%. Minggu depan kita lihat bagaimana. :)

Senyum selalu!