Thursday, March 21, 2013

Cambridge? jane kyon...?

"Man, you should just stay in the states." kata kawanku Hadid seorang Pakistani yang sudah lama menetap di UK, pernah belajar di Imperial College London.

"Most people do their undergrads in the UK and then continue postgrade or Phd in the US, but you did the other way around" dia tambah.

Aku cuma tersenyum terkebil. Tak tahu nak balas apa. Senyum jela~
"Well, I just want to get a new experience," aku balas.

"Big mistake man, big mistake." 

Aku dalam hati, "Lol." Bukan Lough-Out-Loud, tapi literally cakap 'lol'.

Hadid sangat istimewa dan bijak orangnya. Dia dah hampir sembilan tahun duduk di UK dan dia kata dah jemu dah. Dia tiada facebook, smartphone atau apa gadget yang canggih. Hidupnya tak berpaksi kan facebook. Alasan dia beri simple saja, "What will happen if one day all the pictures that people have uploaded can't be downloaded back as they legally belong to facebook/instagram?"

Dia ada cadang nak kerja di Malaysia. Berkebolahan dan programming, back and front ends web development dan lain-lain lagi. Kalau sesiapa yang terbaca iklan ini dan tahu macam cara untuk bolehkan Hadid bekerja di Malaysia secara sah, harap share.

Btw, kembali kepada perbualan tadi. Aku balik rumah dan berfikir, betul ke aku datang UK ni? Ragu seketika, tapi yang pasti satu masa dahulu, aku memang pernah bercita-cita ke UK. Cambridge ini tempat idaman selepas habis SPM. Tapi tak kukuh sangat alasan...

sambung nantilah...