Monday, September 14, 2015

Pelik mimpi

Malam tadi bermimpi, kawanku marah, tak bagi organise sendiri. Biar orang lain buatkan. Kalau buat eventnya , orang tak nak datang. Ada betul juga ya tak.

Senyum selalu.

Thursday, September 3, 2015

Komentar-komentar dan komentar sesuka hati

Setiap kali buka facebook, mesti ada saja komen tentang isu semasa. Ada yang berseloroh dan ada yang serius dalam mengetengahkan isu semasa.

Ada status yang panjang-panjang dan ada saja share artikel atau status orang lain. Aku lagi suka membaca. Bila baca aku amati ada sesetengah orang yang taksub dengan sesuatu sehingga sanggup keluarkan alasan-alasan yang kurang bijak hanya untuk backup sesuatu isu itu.

Bahaya taksub ni, mata jadi buta, hati jadi gelap. Akal logik hilang dengan tiba-tiba. Bila taksub, rakan jadi musuh. Orang yang tak kenal menjadi kawan.

Segala apa yang dahulunya tersirat dalam hati, cepat saja keluar di laman-laman sosial. Bahayakan? Wujud banyak fitnah dan perbalahan.

Ada saja kebaikan laman sosial. Tak dinafikan. Sesuatu benda tu mengambil masa untuk menjadi lebih baik.

Jadilah orang biasa yang bijak, kena fikir, fikir dan fikir. Sebelum bercakap dan menulis. At the end of the day, segala perbuatan dan percakapan kita akan dicatit.

Senyum selalu!

p/s: Nasib baik tiada siapa suka baca blog dah. Mujur blog ini terselamat. :)

Wednesday, September 2, 2015

9 a day

9 a day, misi baru bermula. Misi menyiapkan tesis PhD. Sesi pembelajaran formal yang terakhir nih. Samada berjaya atau tidak semuanya bergantung pada usaha sendiri dan pertolongan Allah.

Selalu saat-saat ini yang kita jadi rapat dengan tuhan. Tak salah rasanya. Better late than never ye tak? Penulisan jadi mudah apabila dah ada results. Bila lubang-lubang dalam results tu yang sakit sikit. Kena redo atau rerun analysis.

Apa benda yang aku cakap ni, macam tak clear je. Haha, all the best and see you later.

Senyum selalu! :D

Tuesday, September 1, 2015

Hujung minggu yang panjang

Semalam cuti awam sempena Bank Holiday di UK. Jadi Isnin cuti. Selalunya, aku akan ke pejabat. Tapi tak kali ini, sebabnya hujan lebat dan kawanku Ajud datang melawat. 

Bila orang lawat rumah, selalu murah rezeki. Lagi-lagi orang yang rapat dengan kita, lagi meriah rasanya, sebab ada rakan borak.

Ajud datang dari Hull, baru balik dari buat audit halal di kilang proses ayam. Bila bercakap pasal ayam, teringat pasar ayam kat Puchong. Kalau Ajud datang je, banyaklah benda yang diborakkan. Dari perihal sambung kerja di UK hinggalah borak tentang pengalaman lepas di KISAS.

Berkali-kali diajak untuk stay kerja di UK, tapi hati aku dah tekad nak balik Malaysia. Nak tolong/teman/jumpa mama dan abah. Dah satu pertiga kehidupan aku berada di perantauan. Seronok hidup di tempat orang, tapi lagi seronok kalau dapat settle down di negara sendiri.

Hari ini dah 1 September, bermula penulisan rigorous  yang aku plan. Insha Allah "9 a day" itu matlamat aku. Kalau jadi Alhamdulillah.

Senyum selalu!
Stay classy!