Thursday, August 27, 2015

Kurang menulis, petanda bagus

Salam semua,

Dah lama tak menulis! Petanda bagus, sebab tandanya tengah sibuk bekerja :)

Berjaya selesaikan kerja yang perlu diselesaikan. Ada dua kertas kerja yang perlu dilengkapkan sebenarnya. Itu yang mengambil masa yang untuk menyiapkannya.

Hari Isnin lepas, sempat melawat pejabat Ben di Dorchester. Impression awal, "jauhnya Dorchester ni, 5 jam kot perjalanan!"

Dari Cambridge, pukul 5.45 pagi dah naik train ke London selama satu jam. Dari King's Cross Station ke Waterloo station dalam 15 minit. Nasib baik awal pagi, jadi tak ramai orang sangat dekat dalam underground (train bawah tanah). Dari Waterloo Station ke arah Dorchester dalam 2 jam 50 minit.

Dorchester ni dekat kawsan selatan UK, ke arah barat sedikit. Memang dalam perjalanan lawa juga nampak pemandangan sekeliling.Nampak tasik, laut, pokok. Cumanya, hari yang travel tu hujan, jadi sejuk dan basah.

Dah sampai Dorchester, mujur Ben dah ada, dan dapat tumpang kereta kawanya, Max (Bukan Mad Max: Road Fury, ok), ke pejabat AMEC. Alhamdulillah, dapatlah jumpa orang-orang penting dalam AMEC. Banyak benda baru belajar.

Tapi tidak semena-mena, Ben suruh buat presentation depan staff yang lain waktu lunchtime. (dh: Aduh sakit-sakit). Buat muka tebal, dan terus je present.  Nasib baik tiada soalan yang susah di beri. Cuak-cuak x 1000 kali.

Balik dari tempat Ben, dah pukul 6.00 petang. Balik pun hujan, rasa sejuk dan pening. Minum air coklat panas di Costa, bertambahla pening kepalanya. Haha. Terketar-ketar. Ditambah kaki yang terjengket-terjengket sakit akibat main bola - pulled muscle (quadriceps) dekat right hip.

Balik rumah, gembira tengok Aylin dan ibunya.

Senyum selalu!



Tuesday, August 11, 2015

Kerja jalan slow

Hari ini sempat berlari-lari di Parker's Piece.

Kurang produktif di pejabat. Rasa penat nak mula menulis draft kertas kerja konferens. Sepatutnya dah kena siapkan beberapa minggu awal lagi. Tapi, fikiran sibuk melayang ke arah benda lain, "Notts Game".

Notts Game - perhimpunan pelajar seluruh UK yang akan bertanding dalam pelbagai acara sukan - bola, frisbee dan amazingly ada e-sports, Dota2.

Tahun ni, aku cadang nak hantar satu team bola. Nak latih mereka dari awal supaya dapat bentuk pasukan yang hebat. Al maklumlah tahun ini, tahun akhir aku di Cambridge (hopefully...). Perasaan nak menang Notts Game tu membuak-buak.

Apapun latihan bermula dengan diri sendiri dahulu. Nak kena tingkatkan fitness dan asahkan skill bola yang malap disebabkan tahap kecergasan yang minima.

Sekarang BMI ku 26.1, body fat 24%. Minggu depan kita lihat bagaimana. :)

Senyum selalu!

Monday, August 10, 2015

Tugas baru

Pada asalnya, hendak tulis tajuk "Misi baru". Tapi tajuk itu sangat tipikal dan cuba aku elakkan.

Kalau perhatikan betul-betul ada beberapa perkara yang telah aku ubah, pertamanya nama blog ini kepada Menghitung Hari, Dunia Penuh 'Uncertainty'. Mudah dan ringkas, tiada apa-apa maksud yang lain. Maksudnya, dalam kehidupan ini banyak benda boleh berlaku samada yang menarik atau tidak, semuanya akan mencorakkan karakter kita pada masa hadapan.

Keduanya, aku ingin cuba try menulis semula. Bukan untuk tatapan sesiapa. Cuma untuk rujukan sendiri pada masa hadapan. Kalau ada audiens yang suka membaca, Alhamdulillah. kalau tiada pun, Alhamdulillah.

Benar, tangkap gambar dan muat naikkannya di instagram lebih mudah dan cepat. Apatah lagi bak kata pepatah "A picture is worth a thousand words" dan tidak perlu bersusah payah menulis lagi :P.

Aku suka pendekatan berbeza, jikalau ramai orang menangkap gambar, aku akan cuba cara yang lama (*dh : tidak rasa pun penulisan in outdated). Rindukan zaman blog, ramai orang bercerita. Lebih banyak benda yang boleh dipelajari melalui bacaan.

Menulis itu bagus ia membantu menajamkan fikiran. Oleh sebab itu aku cuba menulis dalam 400 perkataan sehari yang pastinya tidak akan mengambil masa yang lama, lebih kurang 10 ke 15 minit.

Jumpa esok! Senyum selalu!


*dh = dalam hati