Thursday, August 27, 2015

Kurang menulis, petanda bagus

Salam semua,

Dah lama tak menulis! Petanda bagus, sebab tandanya tengah sibuk bekerja :)

Berjaya selesaikan kerja yang perlu diselesaikan. Ada dua kertas kerja yang perlu dilengkapkan sebenarnya. Itu yang mengambil masa yang untuk menyiapkannya.

Hari Isnin lepas, sempat melawat pejabat Ben di Dorchester. Impression awal, "jauhnya Dorchester ni, 5 jam kot perjalanan!"

Dari Cambridge, pukul 5.45 pagi dah naik train ke London selama satu jam. Dari King's Cross Station ke Waterloo station dalam 15 minit. Nasib baik awal pagi, jadi tak ramai orang sangat dekat dalam underground (train bawah tanah). Dari Waterloo Station ke arah Dorchester dalam 2 jam 50 minit.

Dorchester ni dekat kawsan selatan UK, ke arah barat sedikit. Memang dalam perjalanan lawa juga nampak pemandangan sekeliling.Nampak tasik, laut, pokok. Cumanya, hari yang travel tu hujan, jadi sejuk dan basah.

Dah sampai Dorchester, mujur Ben dah ada, dan dapat tumpang kereta kawanya, Max (Bukan Mad Max: Road Fury, ok), ke pejabat AMEC. Alhamdulillah, dapatlah jumpa orang-orang penting dalam AMEC. Banyak benda baru belajar.

Tapi tidak semena-mena, Ben suruh buat presentation depan staff yang lain waktu lunchtime. (dh: Aduh sakit-sakit). Buat muka tebal, dan terus je present.  Nasib baik tiada soalan yang susah di beri. Cuak-cuak x 1000 kali.

Balik dari tempat Ben, dah pukul 6.00 petang. Balik pun hujan, rasa sejuk dan pening. Minum air coklat panas di Costa, bertambahla pening kepalanya. Haha. Terketar-ketar. Ditambah kaki yang terjengket-terjengket sakit akibat main bola - pulled muscle (quadriceps) dekat right hip.

Balik rumah, gembira tengok Aylin dan ibunya.

Senyum selalu!



No comments:

Post a Comment