Tuesday, August 11, 2015

Kerja jalan slow

Hari ini sempat berlari-lari di Parker's Piece.

Kurang produktif di pejabat. Rasa penat nak mula menulis draft kertas kerja konferens. Sepatutnya dah kena siapkan beberapa minggu awal lagi. Tapi, fikiran sibuk melayang ke arah benda lain, "Notts Game".

Notts Game - perhimpunan pelajar seluruh UK yang akan bertanding dalam pelbagai acara sukan - bola, frisbee dan amazingly ada e-sports, Dota2.

Tahun ni, aku cadang nak hantar satu team bola. Nak latih mereka dari awal supaya dapat bentuk pasukan yang hebat. Al maklumlah tahun ini, tahun akhir aku di Cambridge (hopefully...). Perasaan nak menang Notts Game tu membuak-buak.

Apapun latihan bermula dengan diri sendiri dahulu. Nak kena tingkatkan fitness dan asahkan skill bola yang malap disebabkan tahap kecergasan yang minima.

Sekarang BMI ku 26.1, body fat 24%. Minggu depan kita lihat bagaimana. :)

Senyum selalu!

No comments:

Post a Comment