Thursday, September 3, 2015

Komentar-komentar dan komentar sesuka hati

Setiap kali buka facebook, mesti ada saja komen tentang isu semasa. Ada yang berseloroh dan ada yang serius dalam mengetengahkan isu semasa.

Ada status yang panjang-panjang dan ada saja share artikel atau status orang lain. Aku lagi suka membaca. Bila baca aku amati ada sesetengah orang yang taksub dengan sesuatu sehingga sanggup keluarkan alasan-alasan yang kurang bijak hanya untuk backup sesuatu isu itu.

Bahaya taksub ni, mata jadi buta, hati jadi gelap. Akal logik hilang dengan tiba-tiba. Bila taksub, rakan jadi musuh. Orang yang tak kenal menjadi kawan.

Segala apa yang dahulunya tersirat dalam hati, cepat saja keluar di laman-laman sosial. Bahayakan? Wujud banyak fitnah dan perbalahan.

Ada saja kebaikan laman sosial. Tak dinafikan. Sesuatu benda tu mengambil masa untuk menjadi lebih baik.

Jadilah orang biasa yang bijak, kena fikir, fikir dan fikir. Sebelum bercakap dan menulis. At the end of the day, segala perbuatan dan percakapan kita akan dicatit.

Senyum selalu!

p/s: Nasib baik tiada siapa suka baca blog dah. Mujur blog ini terselamat. :)

No comments:

Post a Comment