Tuesday, September 1, 2015

Hujung minggu yang panjang

Semalam cuti awam sempena Bank Holiday di UK. Jadi Isnin cuti. Selalunya, aku akan ke pejabat. Tapi tak kali ini, sebabnya hujan lebat dan kawanku Ajud datang melawat. 

Bila orang lawat rumah, selalu murah rezeki. Lagi-lagi orang yang rapat dengan kita, lagi meriah rasanya, sebab ada rakan borak.

Ajud datang dari Hull, baru balik dari buat audit halal di kilang proses ayam. Bila bercakap pasal ayam, teringat pasar ayam kat Puchong. Kalau Ajud datang je, banyaklah benda yang diborakkan. Dari perihal sambung kerja di UK hinggalah borak tentang pengalaman lepas di KISAS.

Berkali-kali diajak untuk stay kerja di UK, tapi hati aku dah tekad nak balik Malaysia. Nak tolong/teman/jumpa mama dan abah. Dah satu pertiga kehidupan aku berada di perantauan. Seronok hidup di tempat orang, tapi lagi seronok kalau dapat settle down di negara sendiri.

Hari ini dah 1 September, bermula penulisan rigorous  yang aku plan. Insha Allah "9 a day" itu matlamat aku. Kalau jadi Alhamdulillah.

Senyum selalu!
Stay classy!


No comments:

Post a Comment